We are preparing something new

Stay tuned!

3

Priviu Liga Super 2017 Terengganu FC II

Musim 2017 ialah musim kedua Terengganu FC II berada di bawah bimbingan pasukan kejurulatihan dari Indonesia yang diketuai oleh Rachmad Darmawan. Selain mengekalkan khidmat pemain pertahanan,Abdoulaye Maiga dan pemain tengah, Dilshod Sharofetdinov. Terengganu FC II turut mengambil khidmat bekas penjaring terbanyak mereka, Farhod Tadjiev dan Mahammadou Samassa di barisan serangan.

Terengganu FC II bermula dengan baik dengan mencatat beberapa kemenangan untuk meletakkan mereka di kelompok atas Liga Super namun rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan menyaksikan T-Team mula bergelut di kelompok bawah.

Tiga kemenangan berturut-turut memberi sedikit kelegaan kepada anak-anak buah Rachmad tetapi keadaan menjadi lebih buruk apabila FMLLP mendenda Terengganu FC II akibat kegagalan melengkapkan pendaftaran pemain dalam waktu yang ditetapkan.

Denda yang merupakan potongan sebanyak enam mata itu kemudiannya dikurangkan kepada tiga sahaja namun ianya sudah cukup menganggu moral para pemain. Khidmat Tadjiev ditamatkan oleh Terengganu FC II dan beliau diganti oleh Joseph Yannick Ndjeng namun kehadiran penyerang Cameroon gagal untuk meningkatkan persembahan mereka.

Terengganu FC II hanya mencatatkan dua kemenangan sahaja dari sepuluh perlawanan terakhir Liga Super namun nasib mereka dibantu oleh prestasi pasukan-pasukan lain yang turut gagal untuk mengutip mata menyaksikan Terengganu FC II menamatkan saingan di tempat ke sembilan.

Kempen mereka dalam Piala FA berakhir di pusingan kedua apabila tewas kepada Terengganu. Persembahan mereka dalam Piala Malaysia tidak begitu baik apabila hanya mencatatkan satu kemenangan sahaja dari enam perlawanan. 

5

DEALS

PROMOS AND PRODUCTS TO YOUR BUYING NEEDS

6

PROFILE

PERSONALISE YOUR ACCOUNT AND YOUR FOOTBALL IDENTITY

7

BUDDY

GET IN TOUCH AND GET FACE TO FACE WITH YOUR FAVOURITE STAR

8

FANSKICK MANAGER

TEST YOUR TEAM MANAGEMENT SKILLS AND PLAYER COMBINATION

12

STADIUM

ORDER YOUR TICKET ONLINE, GET TO SEE YOUR SEATING AND LIVE STREAMING HERE!

10

STATS

A WAVE OF INFORMATION ON PLAYER AND MATCH STATISTICS

11

FIXTURES

SET YOUR SCHEDULE ON UPCOMING MATCH AND RESULT INSTANLY

9

MERCHANDISE

ORDER YOUR FAVOURITE TEAM PRODUCTS AND MERCHANDISE HERE!

"YOU'RE JUST FINGER AWAY"

#FANSKICK

23